Showing posts with label Siti Aisyah bt Mohd Hanafiah. Show all posts
Showing posts with label Siti Aisyah bt Mohd Hanafiah. Show all posts

Sunday, October 12, 2008

SINAR HARIAN (11 OKTOBER 2008)

Peniaga Minta DBKL Bertolak Ansur

Segambut Luar : Lebih 30 peniaga dari Kampung Pasir dan Taman Sejahtera memohon jasa baik DBKL agar tidak merobohkan permis perniagaan yang dibina di bawah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan di sepanjang laluan jalan berhampiran.

Seorang pemilik kedai makan yang sudah lama berniaga di situ melahirkan rasa terkejut apabila menerima notis supaya berpindah dan mengosongkan premis dalam masa seminggu kerana kerja merobohkan akan dijalankan. Mejotiti peniaga di situ telah lama berniaga di kawasan itu. Ada peniaga yang cuba memohon lesen sah dari DBKL untuk berniaga namun sehingga kini pemohonan tidak diluluskan. Jika premis tersebut dirobohkan ini akan menjejaskan kehidupan peniaga-peniaga kerana kehilangan punca pencarian.

Menurut article ini juga, penduduk terpaksa akur dengan tindakan DBKL untuk merobohkan jika pihak DBKL membina tempat khas untuk mereka berniaga dan mereka sanggup untuk membayar sewa bulanan namun perlu di kawasan yang berdekatan kerana mereka telah mempunyai pelanggan tetap.

Sunday, September 7, 2008

fungsi jabatan perancangan bandar (DBKL)

jabatan perancangan bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai fungsi-fungsi tertentu berbanding jabatan-jabatan lain. Iaitu:-

i)Menterjemah dasar-dasar kerajaan kepada perancangan fizikal

ii)Mengawal dan mengatur pembangunan di Kuala Lumpur supaya ia dapat menghasilkan pembangunan seimbang dan mampan

iii)Menyediakan piawaian dan garis panduan Kawalan Perancangan untuk tujuan menjaga kepentingan awam dan keselesaan penduduk

iv)Mengemaskini pangkalan data Kawalan Perancangan

v)Menguatkuasakan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-Undang Kecil Bangunan (WPKL) 1985 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 172)

vi)Memberi khidmat nasihat Kawalan Perancangan kepada agensi kerajaan, pihak swasta dan orang awam

Mengenai DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini adalah di bawah Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia. DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.

DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Persuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.

Tuesday, August 26, 2008

Kesan pembandaran terhadap masyarakat

Pembandaran merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi pada masa kini. Isu ini sering kali diperkatakan oleh pihak-pihak yang berkait dan masyarakat itu sendiri. Antara kesan atau masalah yang jelas apabila dikaitkan dengan pembandaran sesuatu kawasan ialah seperti kesesakan lalu lintas, kepadatan penduduk akibat aktiviti yang terlalu berpusat, wujudnya kawasan setinggan, pencemaran dan sebagainya. Kesemua kesan yang diperkatakan berunsur negatif. Sejauhmanakah kepentingan pembandaran ini? Adakah mejoriti masyarakat Malaysia ini bersetuju dengan aspek pembandaran ini? Adakah pembandaran ini lebih mendatangkan impak positif ataupun sebaliknya...

my slide show