Wednesday, November 19, 2008

Bahagian B: kemudahan masyaraka, utiliti dan sosial

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5270494825558706706" />



































Bahagian B: Ekonomi Bandar





































Bahagian B

Ini pula adalah bahagian B yang terdapat di dalam borang soal selidik yang kami edarkan kepada orang ramai semasa melakukan kajian keefisienan bandar di pusat bandar kuala lumpur. Di dalam bahagian B ini terdapat 13 pecahan subtopik yang terdiri daripada:-

1-Ekonomi Bandar
2-Kemudahan Masyarakat, Ultiliti dan Sosial
3-Infrastruktur dan Ultiliti
4-Rekabentuk, Imej dan Landskap Bandar
5-Pengangkutan dan Perhubungan
6-Perdagangan/Perkhidmatan
7-Perkilangan & Perindustrian
8-Pelancongan dan Budaya
9-Perumahan
10-Keselamatan dan Kawalan
11-Governans
12-Alam Sekitar
13-Perkhidmatan Secara On-Line/e-governans

Bahagian ini adalah untuk melihat perspektif responden mengenai tahap keefisienan semua topik tersebut.

Bahagian A (demografi)




Tahap pendidikan yang bg migrasi yang datang ke pusat bandar adalah mereka yang mempunyai tahap kelulusan SPM/MCE dan mereka yg ada ijazah pertama iaitu 35.6% dan 33.3%. Mereka yang mempunyai kelulusan SPm datang ke pusat bandar ini untuk mencari peluang pekerjaan dan bg yg mempunyai ijazah pertama juga ramai di pusat bandar kerana belanjutkan pelajaran di sini.

Bahagian A (demografi)





responden kami terdiri daripada pelbagai jenis pekerjaan semuanya. Didapiti responden teramai kami adalah pelajar (15 orang). Ini menunjukkan peningkatan jumlah migrasi penduduk ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran kerana terdapat banyak universiti yang diletakkan di Kuala Lumpur dan di sekitarnya. Selain itu, terdapat beberapa jenis pekerjaan lagi seperti di atas.

Namun, kami kekurangan maklumat pasangan bagi responden. Kebanyakan responden kami tidak mahu berkongsi maklumat pasangan mereka dan sesetengah pula masih bujang.

Sunday, November 16, 2008

Bahagian A (demografi)



Berdasarkan rajah di atas, jelas dapat anda lihat jumlah pecahan responden yang diperolehi semasa membuat soal selidik di kawasan kajian kami iaitu pusat bandar kuala lumpur. Seramai 31 orang responden lelaki dan 14 orang responden perempuan sahaja.

Rata-rata responden lelaki lebih mudah untuk memberikan kerjasama untuk disoalselidik. Hal ini menyebabkan lebih dari separuh jumlah responden kami tergolong dari kaum lelaki.







Responden kami terdiri daripada mereka yang berumur dari 18 tahun sehingga 52 tahun. Seperti yang dapat kita lihat di pada rajah peringkat umur responden. Peringkat umur responden yang paling ramai adalah pada tahap umur 21 hingga 23 tahun dan diikuti dengan responden yang berumur 29 tahun. Daripada hasil peringkat umur yang diperolehi ini secara tidak langsung dapat kita rumuskan bahawa tahap umur inilah yang memonopoli kawasan pusat bandar kuala lumpur. Jumlah golongan berumur semakin berkurang dan golongan muda mula menguasai populasi penduduk Kuala Lumpur.


Kajian efi-city yang kami lakukan ini dilakukan ke atas mereka yang berada di kawasan kajian iaitu pusat bandar Kuala Lumpur (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Kajian ini dilakukan untuk mendapat pandangan mereka dan mereka ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti melayu, cina, india dan lain-lain.Kami hanya berkesempatan menyoal selidik 7 orang responden yang berbangsa cina, 4 india dan 2 lain-lain (warga asing). Manakala selebihnya iaitu seramai 32 orang responden yang berbangsa melayu berjaya disoal selidik mengenai keefisienan bandar ini. Kami sukar untuk mendapat responden selain dari bangsa melayu kerana kebanyakan mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami. Namum terdapat juga sesetengah yang memberikan kerjasama dan memberikan sedikit idea dan pandangan mengenai Kuala Lumpur. Walaupun berlainan bangsa namun hasil dari kajian yang kami lakukan didapati hasrat, pandangan dan apa yang mereka mahukan adalah sama dalam menjamin keselesaan mereka.









Hasil daripada pemerhatian dan analisis, kami dapati kebanyakan penduduk yang mendiami Kuala Lumpur adalah datang dari negara dan negeri yang lain. Sebagai contoh, mejoriti responden kami di pusat bandar Kuala lumpur bukanlah merupakan penduduk asal di situ. Yang paling tinggi adalah mereka yang datang dari Johor iaitu sebanyak 9 orang (20%) daripada 45 responden. Ianya diikuti dengan responden yang datang dari Bangladesh, India, Kuala Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Sarawak. Walaupun kami menjalankan kajian di Kuala Lumpur namun hanya 3 orang responden sahaja yang dapat kami cari dan ini secara tidak langsung membuktikan berlaku migrasi yang giat ke Kuala Lumpur dan terutama sekali di pusat bandar.


Selain itu, hasil analisis yang kami dapati daripada penganalisaan data mendapati bahawa kebayakan responden kami semasa kajian dilakukan menetap di Petaling Jaya. Sebanyak 5 orang tinggal di PJ dan selebihnya ada yang tinggal di sekitar KL dan ada juga yang tinggal di negeri2 di berdekatan dengan Kuala Lumpur. Mereka yang tinggal di kawasan lain pergi ke KL kerana peluang pekerjaan dan sebagainya.


Responden kami mejoriti di antara mereka baru sahaja tinggal di Kuala Lumpur. Hal ini kerana hasil analisis memperlihatkan rajah yang menunjukkan responden kami paling ramai yang baru sahaja tinggal di sana iaitu sebanyak 17.8% bersamaan dengan 8 orang.

Saturday, November 15, 2008

Alhamdulillah.. akhirnya..



-gambar hiasan sahaja-

Alhamdulillah akhirnya proses memasukan data ke dalam SPSS selesai juga. Kesyukuran yang tidak terhingga kerana proses ini merupakan proses yang paling rumit sekali selepas menjalankan soal selidik di kawasan kajian. Di kesempatan ini juga saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada group saya (fatihah n isma) kerana bertungkus lumus bergading bahu dalam menyiapkan assignment terakhir untuk sem 1 tahun 2 ini.

Pelbagai masalah yang timbul semasa proses nak siapkan kerja ni.. salah masuk datalah, nombor dekat borang kaji selidik banyak salah so tersalah masuk data dekat SPSS n terpaksa buat kerja berulang2 kali. But ni membuatkan saya dan juga group saya lebih memahami cara menggunakan software 2.. erm.... bila dah siap semua then kitaorg pun tukarkannya menjadi jadual dan rajah. Tapi ada pula masalah baru (knapalah tiba2 je ada valid missing).. huh... plus ada salah eja n tertab 2 kali pun jejaskan data.. cobaan.... setiap manusia akan menerima pelbagai cobaan. Namun kita x blh lah putus asa. Coz jika diteliti mesti ada jalan penyelesaian dari setiap masalah 2.. Sekarang saya dh senyum lebar sbb saya dh temui penyelesaian dari masalah 2. Terror x.. hahahaha.. Let see post yang akan dipenuhi dengan data2 (graf n jadual) n enjoy lh dgn maklumat ini. lihat dengan senyuman anda yang manis itu.. :p

Wednesday, November 12, 2008

JIWA KACAU MENGENANGKAN MU

aDuh... Assalamualaikum pembuka bicara untuk post hari nie. Bertetapan dengan tajuk di atas 2 ingin ku luahkan perasaan ini. Tak mampu nak dipendam lagi... dalam environment sekarang nie yang panas bertambah dengan musim exam nie membuatkan dunia menjadi busy. Namun yang membuat jiwa bertambah kacau kerana dia wahai responden ku yang bermasalah. Cubalah isi borang soal selidik tu sampai habis. Kan senang cerita nanti.. Kini kekacauan akan ku luahkan di dalam SPSS. SPSS adalah software untuk nak analisis data (kalau x tepat maaf lah). Semoga segala urusan ini akan cepat selesai dan kami semua akan balik rumah... sebelum mengakhiri post ni saya nak ucapkan selamat menjalani musim exam (walaupun dah nk habis dah). -salam-

Saturday, October 25, 2008

vandalism atau kerana sudah lama?



Inilah yang berlaku di negara kita kini dalam menuju kearah negara maju. Keadaan kerosakan infrastruktur ini mencacatkan permandangan. Tambahan pula kemudahan ini diletakkan berdekatan dengan jalan raya. Kerosakan tempat penyandar kerusi ini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh oleh pihak bertanggungjawab. Imej negara harus dijaga walaupun ianya sebesar kuman. Hal ini kerana bak kata perpatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..

-to be continue-
maaflah tiba2 je no idea
hehehehehe...

Friday, October 24, 2008

analisis.................

Selesai melakukan soal selidik dan pemerhatian keatas keadaan di kawasan kajian, mulalah aktiviti menganalisis semua data yang diperolehi. Segala maklumat yang diperolehi didalam borang soal selidik tersebut dianalisis menggunakan SPSS. Segalanya masih didalam proses.

traffic jam




Petang-petang jalan sesak tetapi boleh di kawal lagi. Dapat kita lihat di dalam gambar tersebut (di bahagian atas terdapat laluan LRT). Ini menyebabkan kebisingan yang melampau. Terutama apabila LRT lalu.. bayangkanlah..

pencarian??? dekat mana agaknya?




Bila dah selesai cari responden di KLCC, kami pun bergerak ke kawasan kajian yang seterusnya iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tiba di kawasan berdekatan dengan kawasan kajian kami berhenti sebentar kerana terbau aroma keropok lekor,sosej,udang cocok dan macam-macam lagi yang dijual oleh mak cik dekat tepi jalan tu. Perut pun tengah lapar jadi kami pun berhenti makan sekejap. Makan tiga empat cucuk lepas tu carilah tong sampah. Sikit punya susah nak jumpa. Jadi saya pun terpaksa jadi pencemar alam sekejap. hehe... kalau semua hendak tahu di sebelah ini adalah gambar sisa makanan kami. Tak tahu hendak buang dekat mana..


Sebenarnya inilah masalah yang menyebabkan kejadian seperti ini berlaku.(lihat dua gambar di atas sekali).

Detik-detik di dalam LRT







Perjalanan untuk pergi ke beberapa kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur kami guna LRT. Tak lah penat sangat berjalan. Tapi......... terpaksa harungi keadaan seperti ini... tengoklah gambar di atas itu. Padat betul.. selama dalam perjalanan terpaksa berdiri sebab ramai sangat manusia dekat dalam train. Dari komuter ke LRT di KL Senral dan di stesen seterusnya.. itu lah peristiwa dalam sejarah aku berjalan dari pagi bertolak sampai malam baru balik kolej. Duduk pun sekejap saja. Cuba anda fikirkan, efisienkah keadaan sebegini? Namun bolehkah fenomena ini tidak terjadi di kawasan bandar utama ini? Hal ini kerana ramai yang mahu mengelakkan daripada kesesakan lalulintas tetapi akibatnya terjadi kesesakan di dalam "gerabak penumpang" (LRT). Pengalaman yang semua pasti lalui adalah seperti terpaksa berhimpit-himpit untuk mendapatkan ruang dalam komuter/LRt. Pengalaman saya juga macam itu juga. Nasib baik kami tak pergi waktu puasa. Boleh batal puasa kalau macam tu.

Saturday, October 18, 2008

KLCC mementingkan keselamatan

pengawal menjaga keselamatan sentiasa ada di dalam dan di luar bangunan KLCC. Ramai pengunjung yang datang dari dalam dan juga luar negara. pengawal2 ini sedia menghulurkan bantuan dan pertanyaan.


sampah sarap menguasai jalan..



Thursday, October 16, 2008

Peta Kuala Lumpur City Center



Sila klik digambar untuk melihat dengan lebih jelas lagi. Terima kasih.

Pembahagian responden untuk ketiga-tiga kawasan

Respoden yang telah dibahagikan mengikut kaum akan dipecahkan lagi mengikut 3 kawasan yang telah dikenal pasti di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur iaitu:

Bumiputra = 6
Cina = 6
India = 2
B.Warganegara = 1
---------------------------
Jumlah = 15x3 kawasan = 45
---------------------------

Pembahagian kawasan dan responden

kumpulan kami terdiri daripada 3 orang iaitu saya (aisyah), fatihah dan isma akan melakukan kajian survey mengenai keefisienan bandar di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur (DBKL). Hasil perbincangan dengan pensyarah iaitu Dr.Hamzah Jusoh, tiga kawasan yang akan dijadikan tumpuan iaitu Bukit Bintang, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan KLCC/kl centre. Melalui jumlah penduduk mengikut kaum yang telah didapati daripada sumber jabatan perangkaan, sebanyak 45 borang kaji selidik dibahagikan mengikut kaum iaitu:-

Bumiputra = 17
Cina = 19
India = 5
Bukan Warganegara = 4
----------------------
Jumlah = 45

Wednesday, October 15, 2008

statistik penduduk Kuala Lumpur ( tahun 2000)

MENGIKUT KAUM

Bumiputra = 541,082
Cina = 612,277
India = 142,390
Lain-lain = 14,239

Bukan Bumiputra = 113,912
---------
Jumlah = 1,423,900 orang
---------

MENGIKUT UMUR

0 – 14 = 384,453
15 – 39 = 654,994
40 – 59 = 299,019
60+ = 85,434
---------
Jumlah = 1,423,900 orang
---------

MENGIKUT PENDAPATAN

Purata pendapatan bulanan isi rumah = RM4105

Tuesday, October 14, 2008

Population statistics

The estimated population of Kuala Lumpur in 2006 was 1.58 million. With a population density of 6,502 inhabitants per square kilometre (16,840 /sq mi), it is the most densely populated administrative district in Malaysia. With an estimated metropolitan population of 6.9 million in 2007, it can be considered a primate city. The continuing decline in the birth rate for Kuala Lumpur has resulted in the decline in the proportion of young people below 15 years old from 33% in 1980 to slightly less than 27% in 2000.[36] On the other hand, the working age group of 15-59 increased from 63% in 1980 to 67% in 2000. The elderly age group, 60 years old and above has increased from 4% in 1980 and 1991 to 6% in 2000.

Based on the census of the Department of Statistics, the percentage of Bumiputra population was around 38% in 2000 while the Chinese population comprised 43% and Indians 10%. A notable phenomenon has been the increase in the presence of foreign residents in Kuala Lumpur, who now constitute about 9% of the city’s population.

Sunday, October 12, 2008

SINAR HARIAN (11 OKTOBER 2008)

Peniaga Minta DBKL Bertolak Ansur

Segambut Luar : Lebih 30 peniaga dari Kampung Pasir dan Taman Sejahtera memohon jasa baik DBKL agar tidak merobohkan permis perniagaan yang dibina di bawah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan di sepanjang laluan jalan berhampiran.

Seorang pemilik kedai makan yang sudah lama berniaga di situ melahirkan rasa terkejut apabila menerima notis supaya berpindah dan mengosongkan premis dalam masa seminggu kerana kerja merobohkan akan dijalankan. Mejotiti peniaga di situ telah lama berniaga di kawasan itu. Ada peniaga yang cuba memohon lesen sah dari DBKL untuk berniaga namun sehingga kini pemohonan tidak diluluskan. Jika premis tersebut dirobohkan ini akan menjejaskan kehidupan peniaga-peniaga kerana kehilangan punca pencarian.

Menurut article ini juga, penduduk terpaksa akur dengan tindakan DBKL untuk merobohkan jika pihak DBKL membina tempat khas untuk mereka berniaga dan mereka sanggup untuk membayar sewa bulanan namun perlu di kawasan yang berdekatan kerana mereka telah mempunyai pelanggan tetap.

Sinar Harian ( 11 Oktober 2008)

Lampu Isyarat Rosak Ancam Murid Sekolah

Kampung Pandan: kegagalan lampu isyarat berfungsi di jalan utama ke Kampung Pandan Dalam di depan Masjid Ar Rahimah sejak 3 bulan lalu membimbangkan penduduk. Hal ini kerana keselamatan penduduk sekitar akan mula terancam terutama kanak-kanak kerana terpaksa melintas jalan untuk pergi ke sekolah. Kenderaan yang sering lalu lalang kadang-kadangnya hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memberi peluang kepada pejalan kaki.

Sinar Harian ( 11 Oktober 2008)

my slide show