Sunday, September 7, 2008

fungsi jabatan perancangan bandar (DBKL)

jabatan perancangan bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai fungsi-fungsi tertentu berbanding jabatan-jabatan lain. Iaitu:-

i)Menterjemah dasar-dasar kerajaan kepada perancangan fizikal

ii)Mengawal dan mengatur pembangunan di Kuala Lumpur supaya ia dapat menghasilkan pembangunan seimbang dan mampan

iii)Menyediakan piawaian dan garis panduan Kawalan Perancangan untuk tujuan menjaga kepentingan awam dan keselesaan penduduk

iv)Mengemaskini pangkalan data Kawalan Perancangan

v)Menguatkuasakan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-Undang Kecil Bangunan (WPKL) 1985 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 172)

vi)Memberi khidmat nasihat Kawalan Perancangan kepada agensi kerajaan, pihak swasta dan orang awam

Penduduk Kuala Lumpur

Majoriti penduduknya ialah kaum Melayu (41%) dan Cina (39%) diikuti kaum India (10%) dan penduduk asing sebanyak 7 peratus. Arah aliran tersebut akan berterusan sehingga tahun 2020 apabila penduduk Kuala Lumpur bertambah kepada 2.2 juta. Lebih 30 peratus penduduk Kuala Lumpur mempunyai pendidikan tinggi berbanding purata Malaysia sejumlah 16.7%. Ini menunjukkan tenaga kerja berpelajaran tinggi yang mampu menyumbang kepada ekonomi baru yang menjadi sasaran Kuala Lumpur.

Mengenai DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini adalah di bawah Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia. DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.

DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Persuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.

my slide show