Saturday, October 25, 2008

vandalism atau kerana sudah lama?



Inilah yang berlaku di negara kita kini dalam menuju kearah negara maju. Keadaan kerosakan infrastruktur ini mencacatkan permandangan. Tambahan pula kemudahan ini diletakkan berdekatan dengan jalan raya. Kerosakan tempat penyandar kerusi ini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh oleh pihak bertanggungjawab. Imej negara harus dijaga walaupun ianya sebesar kuman. Hal ini kerana bak kata perpatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..

-to be continue-
maaflah tiba2 je no idea
hehehehehe...

Friday, October 24, 2008

analisis.................

Selesai melakukan soal selidik dan pemerhatian keatas keadaan di kawasan kajian, mulalah aktiviti menganalisis semua data yang diperolehi. Segala maklumat yang diperolehi didalam borang soal selidik tersebut dianalisis menggunakan SPSS. Segalanya masih didalam proses.

traffic jam




Petang-petang jalan sesak tetapi boleh di kawal lagi. Dapat kita lihat di dalam gambar tersebut (di bahagian atas terdapat laluan LRT). Ini menyebabkan kebisingan yang melampau. Terutama apabila LRT lalu.. bayangkanlah..

pencarian??? dekat mana agaknya?




Bila dah selesai cari responden di KLCC, kami pun bergerak ke kawasan kajian yang seterusnya iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tiba di kawasan berdekatan dengan kawasan kajian kami berhenti sebentar kerana terbau aroma keropok lekor,sosej,udang cocok dan macam-macam lagi yang dijual oleh mak cik dekat tepi jalan tu. Perut pun tengah lapar jadi kami pun berhenti makan sekejap. Makan tiga empat cucuk lepas tu carilah tong sampah. Sikit punya susah nak jumpa. Jadi saya pun terpaksa jadi pencemar alam sekejap. hehe... kalau semua hendak tahu di sebelah ini adalah gambar sisa makanan kami. Tak tahu hendak buang dekat mana..


Sebenarnya inilah masalah yang menyebabkan kejadian seperti ini berlaku.(lihat dua gambar di atas sekali).

Detik-detik di dalam LRT







Perjalanan untuk pergi ke beberapa kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur kami guna LRT. Tak lah penat sangat berjalan. Tapi......... terpaksa harungi keadaan seperti ini... tengoklah gambar di atas itu. Padat betul.. selama dalam perjalanan terpaksa berdiri sebab ramai sangat manusia dekat dalam train. Dari komuter ke LRT di KL Senral dan di stesen seterusnya.. itu lah peristiwa dalam sejarah aku berjalan dari pagi bertolak sampai malam baru balik kolej. Duduk pun sekejap saja. Cuba anda fikirkan, efisienkah keadaan sebegini? Namun bolehkah fenomena ini tidak terjadi di kawasan bandar utama ini? Hal ini kerana ramai yang mahu mengelakkan daripada kesesakan lalulintas tetapi akibatnya terjadi kesesakan di dalam "gerabak penumpang" (LRT). Pengalaman yang semua pasti lalui adalah seperti terpaksa berhimpit-himpit untuk mendapatkan ruang dalam komuter/LRt. Pengalaman saya juga macam itu juga. Nasib baik kami tak pergi waktu puasa. Boleh batal puasa kalau macam tu.

my slide show