Thursday, December 1, 2011

Pengenalan Kepada Sains Sosial

Sains sosial adalah satu cabang ilmu yang muncul kesan usaha sesetengah ahli fikir Barat khususnya di Eropah, untuk menjelaskan fenomena dan isu-isu yang berbangkit dari semasa ke semasa di rantau itu berasaskan prinsip-prinsip logik dan rasional seperti yang telah diamakan dalam sains tulen. Pertumbuhan cabang ilmu ini berkait rapat dengan penerimaan secara meluas satu epistemologi (teori tentang pengetahuan) baru di kalangan anggota masyarakat Barat yang mengandaikan bahawa setiap satu benda di alam nyata boleh diselidiki secara sistematik dan objektif. Ini termasuk tingkah laku manusia, hubungan sosial yang terjalin di kalangan anggota masyarakat dan jenis, organisasi serta fungsi kelompok sosial yang terbentuk dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, perkembangan sains sosial ada kaitan rapat dengan tiga perkara berikut iaitu :

• Pemantapan falsafah rasional
• Pengaplikasian kaedah saintifik untuk menyelidiki fenomena sosial

Pendidikan masyarakat tentang bagaimana isu-isu sosial harus ditangani dan diselesaikan demi kepentingan bersama.

Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara khusus, sains sosial merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut. Dalam kata lainnya,sains sosial ialah himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian tentang manusia,budaya dan masyarakat,iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial dan jalinan sosial sesama mereka.

Untuk Maklumat Lanjut Boleh Klik SINI

Akan Mula Aktif

Salam..

Setelah sekian lama saya meninggalkan blog ini tanpa jejak. Asyik dengan blog peribadi
Rasa nak mulakan balik meluahkan sesuatu yang bermanfaat.
Walaupun dah setahun meninggalkan universiti dan lebih dua tahun meninggalkan blog ini, namun saya berharap saya masih dapat berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya pelajari.
Walaupun saya bukanlah top student di Universiti tetapi kita boleh berkongsi dan mungkin boleh diperbetulkan otak saya kembali sebab mungkin sudah kering.

Mula-mula sekali saya rasa nak share beberapa pelajaran dan assignment yang pernah saya lakukan. Harap dapat menjadi panduan semua.
Tetapi jangan segan silu untuk memperbetulkan saya jika ada salah dalam intipatinya kerana bukanlah saya straight AAA pon.

Ok salam perkenalan kembali. Babai.

my slide show