Friday, October 24, 2008

Detik-detik di dalam LRT







Perjalanan untuk pergi ke beberapa kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur kami guna LRT. Tak lah penat sangat berjalan. Tapi......... terpaksa harungi keadaan seperti ini... tengoklah gambar di atas itu. Padat betul.. selama dalam perjalanan terpaksa berdiri sebab ramai sangat manusia dekat dalam train. Dari komuter ke LRT di KL Senral dan di stesen seterusnya.. itu lah peristiwa dalam sejarah aku berjalan dari pagi bertolak sampai malam baru balik kolej. Duduk pun sekejap saja. Cuba anda fikirkan, efisienkah keadaan sebegini? Namun bolehkah fenomena ini tidak terjadi di kawasan bandar utama ini? Hal ini kerana ramai yang mahu mengelakkan daripada kesesakan lalulintas tetapi akibatnya terjadi kesesakan di dalam "gerabak penumpang" (LRT). Pengalaman yang semua pasti lalui adalah seperti terpaksa berhimpit-himpit untuk mendapatkan ruang dalam komuter/LRt. Pengalaman saya juga macam itu juga. Nasib baik kami tak pergi waktu puasa. Boleh batal puasa kalau macam tu.

No comments:

my slide show