Tuesday, August 26, 2008

DASAR URBANISASI NEGARA

Setakat ini tidak ada dasar Urbanisasi Negara yang komprehensif dan yang telah diistiharkan secara rasmi oleh kerajaan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa strategi dan pendekatan berhubung dengan pembangunan bandar terutamanya dalam konteks pencapaian matlamat pembangunan negara yang berasaskan DEB.

Kerajaan menganggap bahawa proses urbanisasi yang di rancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB di samping memupuk perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luar bandar. Selaras dengan ini kerajaan telah menubuhkan dua Jawantankuasa Tertinggi, satu dianggotai oleh ahli-ahli politik dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan satu lagi dianggotai oleh pegawai- pegawai Tadbir dengan dipengurusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Tugas kedua-dua jawatankuasa in ialah untuk merancang dan merangka satu dasar Urbanisasi Negara yang lengkap dan komprenhensif.

Pembangunan bandar yang ada dan yang akan diadakan selaras dengan usaha pembentukan satu Dasar Urbanisasi Negara yang komprehensif amatlah penting bagi menjamin pencapaian kepada matlamat pembangunan negara. Hasrat kerajaan ialah untuk mempastikan supaya proses urbanisasi, corak dan tahap pembangunan matlamat DEB secara lebih berkesan lagi.

Setelah melihat perkembangan ekonomi dan pengaruh kependudukan membuktikan bahawa satu dasar urbanisasi yang komprehensif haruslah dilaksanakan dengan segera untuk mencapai matlamat pembangunan negara dan DEB.Tanpa dasar yang lengkap akan menyebabkan pertumbuhan bandar yang tidak seimbang dan seterusnya tidak membantu pembangunan negara sepenuhnya. Penumpuan aktiviti sosioekonomi di beberapa bandar tertentu sahaja juga akan merugikan penduduk bumiputera yang kebanyakannya tinggal di luar bandar.

No comments:

my slide show