Sunday, October 12, 2008

SINAR HARIAN (11 OKTOBER 2008)

Peniaga Minta DBKL Bertolak Ansur

Segambut Luar : Lebih 30 peniaga dari Kampung Pasir dan Taman Sejahtera memohon jasa baik DBKL agar tidak merobohkan permis perniagaan yang dibina di bawah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan di sepanjang laluan jalan berhampiran.

Seorang pemilik kedai makan yang sudah lama berniaga di situ melahirkan rasa terkejut apabila menerima notis supaya berpindah dan mengosongkan premis dalam masa seminggu kerana kerja merobohkan akan dijalankan. Mejotiti peniaga di situ telah lama berniaga di kawasan itu. Ada peniaga yang cuba memohon lesen sah dari DBKL untuk berniaga namun sehingga kini pemohonan tidak diluluskan. Jika premis tersebut dirobohkan ini akan menjejaskan kehidupan peniaga-peniaga kerana kehilangan punca pencarian.

Menurut article ini juga, penduduk terpaksa akur dengan tindakan DBKL untuk merobohkan jika pihak DBKL membina tempat khas untuk mereka berniaga dan mereka sanggup untuk membayar sewa bulanan namun perlu di kawasan yang berdekatan kerana mereka telah mempunyai pelanggan tetap.

No comments:

my slide show