Tujuan blog ini untuk melihat keefisienan bandar di Kuala Lumpur ini terutama di pusat bandar.. Blog ini adalah hak milik SITI AISYAH BINTI MOHAMMAD HANAFIAH dari PROGRAM SAINS PEMBANGUNAN, JABATAN PPSPP, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UKM BANGI.
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]
Sunday, November 16, 2008
Bahagian A (demografi)
Berdasarkan rajah di atas, jelas dapat anda lihat jumlah pecahan responden yang diperolehi semasa membuat soal selidik di kawasan kajian kami iaitu pusat bandar kuala lumpur. Seramai 31 orang responden lelaki dan 14 orang responden perempuan sahaja.
Rata-rata responden lelaki lebih mudah untuk memberikan kerjasama untuk disoalselidik. Hal ini menyebabkan lebih dari separuh jumlah responden kami tergolong dari kaum lelaki.
Responden kami terdiri daripada mereka yang berumur dari 18 tahun sehingga 52 tahun. Seperti yang dapat kita lihat di pada rajah peringkat umur responden. Peringkat umur responden yang paling ramai adalah pada tahap umur 21 hingga 23 tahun dan diikuti dengan responden yang berumur 29 tahun. Daripada hasil peringkat umur yang diperolehi ini secara tidak langsung dapat kita rumuskan bahawa tahap umur inilah yang memonopoli kawasan pusat bandar kuala lumpur. Jumlah golongan berumur semakin berkurang dan golongan muda mula menguasai populasi penduduk Kuala Lumpur.
Kajian efi-city yang kami lakukan ini dilakukan ke atas mereka yang berada di kawasan kajian iaitu pusat bandar Kuala Lumpur (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Kajian ini dilakukan untuk mendapat pandangan mereka dan mereka ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti melayu, cina, india dan lain-lain.Kami hanya berkesempatan menyoal selidik 7 orang responden yang berbangsa cina, 4 india dan 2 lain-lain (warga asing). Manakala selebihnya iaitu seramai 32 orang responden yang berbangsa melayu berjaya disoal selidik mengenai keefisienan bandar ini. Kami sukar untuk mendapat responden selain dari bangsa melayu kerana kebanyakan mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami. Namum terdapat juga sesetengah yang memberikan kerjasama dan memberikan sedikit idea dan pandangan mengenai Kuala Lumpur. Walaupun berlainan bangsa namun hasil dari kajian yang kami lakukan didapati hasrat, pandangan dan apa yang mereka mahukan adalah sama dalam menjamin keselesaan mereka.
Hasil daripada pemerhatian dan analisis, kami dapati kebanyakan penduduk yang mendiami Kuala Lumpur adalah datang dari negara dan negeri yang lain. Sebagai contoh, mejoriti responden kami di pusat bandar Kuala lumpur bukanlah merupakan penduduk asal di situ. Yang paling tinggi adalah mereka yang datang dari Johor iaitu sebanyak 9 orang (20%) daripada 45 responden. Ianya diikuti dengan responden yang datang dari Bangladesh, India, Kuala Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Sarawak. Walaupun kami menjalankan kajian di Kuala Lumpur namun hanya 3 orang responden sahaja yang dapat kami cari dan ini secara tidak langsung membuktikan berlaku migrasi yang giat ke Kuala Lumpur dan terutama sekali di pusat bandar.
Selain itu, hasil analisis yang kami dapati daripada penganalisaan data mendapati bahawa kebayakan responden kami semasa kajian dilakukan menetap di Petaling Jaya. Sebanyak 5 orang tinggal di PJ dan selebihnya ada yang tinggal di sekitar KL dan ada juga yang tinggal di negeri2 di berdekatan dengan Kuala Lumpur. Mereka yang tinggal di kawasan lain pergi ke KL kerana peluang pekerjaan dan sebagainya.
Responden kami mejoriti di antara mereka baru sahaja tinggal di Kuala Lumpur. Hal ini kerana hasil analisis memperlihatkan rajah yang menunjukkan responden kami paling ramai yang baru sahaja tinggal di sana iaitu sebanyak 17.8% bersamaan dengan 8 orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment